Assalamualaikum tuan/puan.
Oleh kerana platform asnaf.my baru beroperasi, kami sangat memerlukan sokongan dan sumbangan orang ramai untuk tujuan
pembangunan, penyelenggaraan, operasi dan pemasaran digital asnaf.my
Semoga dengan sokongan dan sumbangan kalian semua, Pembangunan website dan pemasaran yang lebih meluas boleh dilakukan dan kita akan dapat membantu lebih ramai orang islam atau lebih khusus golongan asnaf yang sangat memerlukan di negara kita Malaysia.
InsyaAllah kita sama-sama membantu golongan asnaf yang terdiri dari 8 golongan:
- Fakir (al-Fuqara)
- Miskin (al-Masakin)
- Amil
- Muallaf
- Riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan)
- Gharimin (penghutang muslim)
- Fisabilillah (orang yang berjuang kerana Allah)
- Ibnus Sabil (musafir)
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 261)
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 262)
Comments (0)