Diri sendiri, waris dan mana-mana pihak sebagai wakil asnaf.
Tidak. Hanya kempen yang lengkap dan tertakluk maksimum 80 kempen sedang berjalan sahaja dibenarkan pada sesuatu masa.
Mohon memulakan kempen. Isi dengan lengkap maklumat, ceritakan tentang keadaan penerima sumbangan termasuk menyertakan gambar-gambar terkini. Setelah kempen anda diluluskan, kongsi dan viralkan ke media sosial secara percuma atau menggunakan iklan berbayar (ads)
Asnaf ialah pihak yang layak menerima bantuan yang dikutip daripada orang Islam iaitu:
- Fakir (al-Fuqara)
- Miskin (al-Masakin)
- Amil.
- Muallaf.
- Riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan)
- Gharimin (penghutang muslim)
- Fisabilillah (orang yang berjuang kerana Allah)
- Ibnus Sabil (musafir)
Untuk tujuan pembangunan, penyelenggaraan (maintenance), pemasaran dan pengurusan, asnaf.my mengenakan caj sebanyak 6 peratus dari jumlah sumbangan setelah ditolak caj oleh penyedia payment gateway iaitu sebanyak 3peratus + Rm 1.00 bagi setiap transaksi.