Polisi Privasi dan Maklumat Sulit
Asnaf.my mempunyai hak (reserves the right) untuk menggunakan semua data dan maklumat peribadi penyumbang untuk tujuan berkaitan pembangunan, operasi dan pemasaran. Asnaf.my mempunyai hak untuk mendedahkan data personal dan maklumat peribadi sekiranya kami dengan suci hati mempercayai bahawa tindakan tersebut adalah perlu untuk mematuhi prosiding undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang terhadap pihak kami. Asnaf.my mempunyai hak dan boleh mendedahkan data personal dan maklumat peribadi sekiranya berlakunya keadaan penggabungan, pengambilalihan, penstrukturan, kebankrupan atau mana-mana prosiding berkaitan. Asnaf.my tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecurian data dari penggunaan sistem Asnaf.my.
Kepada asnaf, wakil asnaf atau pemohon kempen
Mestilah jujur, amanah dan telus dalam memohon kempen/sumbangan orang ramai. Jumlah sumbangan yang dipohon juga mestilah realistik dan bersesuaian dengan keperluan sebenar.
Tempoh kempen sumbangan
Setiap permohonan kempen sumbangan yang diluluskan akan berjalan selama 30 hari sahaja, Hasil sumbangan akan diproses dan dikreditkan ke akaun pemohon kempen dalam masa 14 hari bekerja.
Kepada Penerima Sumbangan
Penerima sumbangan dan pengguna adalah bertanggungjawab untuk untuk memastikan maklumat yang diberi adalah benar. Sekiranya penerima sumbangan mengemukakan maklumat salah dan tidak lengkap, pihak Asnaf.my berhak memohon penyumbang mengemukakan maklumat tambahan atau membatalkan sumbangan. Asnaf.my akan mengenakan caj dan yuran yang termaktub sahaja. Sebarang kemasikini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Asnaf.my akan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya pihak Asnaf.my mengesan sebarang penipuan. Data personal dalam Asnaf.my adalah sebagaimana yang ditafsirkan oleh Personal Data and Protection Act 2010 (PDPA 2010) Malaysia. Bagi kempen yang telah tamat dan setahun tidak dituntut atau tidak dapat dihubungi, pihak kami akan serahkan 100% hasil sumbangan dari kempen mereka kepada pihak Baitulmal.
Penderma
Bagi penyumbang dan pengguna kurang dari 18 tahun, sila dapatkan nasihat dari ibubapa atau penjaga sebelum memberikan kami data personal. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya penerima sumbangan menyalahgunakan sumbangan tersebut sekiranya ia telah dipindahkan ke akaun terbabit. Jika ada unsur penipuan dan pelanggaran undang-undang, pihak Asnaf.my akan melaporkan kepada pihak berkuasa. Jika penyumbang membuat sumbangan, Asnaf.my memiliki hak untuk mendapatkan maklumat selanjutnya sekiranya perlu. Dengan pendaftaran dan sumbangan oleh penyumbang, penyumbang dianggap telah bersetuju dengan semua syarat yang berkaitan. Sebarang perubahan kepada syarat dan terma berkaitan adalah tertakluk sepenuhnya kepada perubahan dan akan di kemaskini di website ini.
Permohonan Kempen bantuan akan diutamakan kepada :
Asnaf iaitu pihak yang layak menerima bantuan Zakat yang dikutip daripada orang Islam.Asnaf yang lapan terdiri daripada golongan:
- Fakir (al-Fuqara)
- Miskin (al-Masakin)
- Amil
- Muallaf
- Riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan)
- Gharimin (penghutang muslim)
- Fisabilillah (orang yang berjuang kerana Allah)
- Ibnus Sabil (musafir)
Fee dan caj penggunaan platform
Untuk tujuan pembangunan, pemasaran, pengurusan, penyelenggaraan (maintenance) dan kelangsungan asnaf.my, caj sebanyak 6 peratus dari jumlah sumbangan akan dikenakan setelah ditolak caj oleh penyedia payment gateway iaitu sebanyak 3peratus + Rm 1.00 dari setiap transaksi.